Saturday, August 8, 2009

Nota Tatabahasa

Ayat Inti

1. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat selapis atau ayat tunggal.
2. Ayat inti menjadi dasar untuk membentuk ayat-ayat yang lain , iaitu yang dikenali sebagai ayat terbitan.
3. Ayat inti mempunyai satu subjek dan satu predikat.
4. Terdapat empat jenis ayat inti iaitu :

a) Frasa nama + frasa nama (FN + FN)
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa nama.
Contoh ayat
FN (subjek) FN (predikat)
Kakak Arif doktor
Mutusamy pelajar
Pemuda itu mahasiswa

b) Frasa nama + frasa kerja (FN + FK)
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa kerja.
contoh ayat
FN (subjek) FK (kerja)
Abang membasuh kereta
Nyonya Tan membeli ikan
Murid-murid itu berlari

c) Frasa nama + frasa adjektif (FN + FA)
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa adjektif.
contoh ayat
FN (subjek) FK (adjektif)
Bunga ini wangi
Kapak ini tumpul
Bangunan itu tinggi

d) Frasa nama + frasa sendi (FN + FS)
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa sendi.
contoh ayat
FN (subjek) FK (sendi)
Ayah di kebun
Mereka dari Terengganu
Cenderamata untuk guru besar
Kata sendi mesti diikuti oleh kata nama untuk membentuk frasa sendi.
contoh ayat
Kata sendi di, dari, untuk
Kata nama kebun, Terengganu, guru besar

(dipetik dari internet)

posted by Bahasa Melayu SMK Tanah Putih @ 4:24 PM   0 Comments

Friday, July 31, 2009

PERIBAHASA MELAYU

SENARAI PERIBAHASA DI DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.



SENARAI PERIBAHASA DI DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 5

1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang
Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
________________________________________

posted by Bahasa Melayu SMK Tanah Putih @ 8:21 PM   0 Comments

Saturday, July 25, 2009

Program Kecemerlangan SPM

Bengkel Penulisan Kertas 1 BM SPM
Tarikh : 24 Julai 2009 (Jumaat)

Masa : 8 pagi - 10.00 pagi

Tempat : Dewan Blok Baru SMK Tanah Putih

Tujuan mendedahkan pelajar kepada teknik menulis ka
rangan yang baik seterusnya meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek bahasa Melayu.
Penceramah jemputan : Encik Mohd
. Nazir b Noh dari SMK Lepar Hilir

Cikgu Nazir sedang mengendalikan bengkel.

Peserta bengkel menulis tugasan.









posted by Bahasa Melayu SMK Tanah Putih @ 7:23 PM   0 Comments

Tuesday, July 21, 2009

TENAGA PENGAJAR

Panitia Bahasa Melayu SMKTP dianggotai oleh seramai 25 orang tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman antaranya;

Ketua Panitia Pn Noraisah Abd Rani


Pn Roshanilawatey Jusoh Pn Adhipah Kandar

posted by Bahasa Melayu SMK Tanah Putih @ 11:48 PM   0 Comments

Friday, July 10, 2009

Edu Web TV


Berikut merupakan drama komsas dalam bentuk video Drama Sri Nara Siri 1
Drama Sri Nara siri 2






Jangan Bunuh Rama-rama Siri 1
Jangan Bunuh Rama-rama Siri 2








posted by Bahasa Melayu SMK Tanah Putih @ 8:46 PM   1 Comments